Diari Seri
Powered by TagBoard Message Board
Name

URL or Email

Messages(smilies)

*Nama-nama yang disebutkan di sini telah diubah untuk menjaga identiti masing-masing
Nama :: Seri Bte Hashim
Lokasi :: Kuala Lumpur
Umur :: 16
Bintang :: Cancer
Hobi :: Membaca & Menulis
Cita-cita :: Peguam
Tokoh paling dihormati:: Dr. M


The Links
afyzah ayukz brattyella bollocks2u caezura calyssa cherrup cherrybombpress defunct destini dw erin ezjazz fairus firstnumber googlebox guatahu hazmee haz herda huda jannah jiggs joopy kaught kellynumb kitrina lastletter lindsay lipglossy liyana M mandom maya mohsin muff nadira nazira nazry noknee nobrainner nurynn ridj shai shirah sofyn stash thp6 treyqeela viotle witch xcore yumyum zack

 


Blog Seri: Mr K dan E-ling

E-ling tiba-tiba memberitahu kepadaku bahawa dia mula berhubungan dengan Mr K melalui Yahoo Messenger. E-ling dengan nicknya: ‘supergurrrl’. Manakala Mr K pula menggunakan nick: ‘metamorfosis’.

“I chat dengan dia sampai pagi!” Beritahu E-ling dengan suara penuh ghairah. Dia menggoncang lenganku. Aku hanya mempu menjeling. Aku mengeluarkan buku latihan fizik dan meletakkannya di atas meja.
“You chat pasal apa dengan dia?” Tanya ku. Aku menjenguk-jenguk kalau Puan Rahimah, guru fizik kami sudah masuk ke dalam bilik makmal. Dia lambat lagi. Tetapi keadaan kelas tetap senyap.
“Alah, pasal macam-macam lah.”
“Like what?”
“Kitaorang cakap pasal filem. Pasal buku. Pasal rancangan TV kegemaran kami…”
“Itu saja ke?” Tanyaku, bibirku dengan sendirinya mencebik.
“Eh, you jeles ke?”
“Nak jeles apa pulak?”
“Sebab I rapat dengan dia lah!”
“I kenal dia pun tidak!”
“Ye lah, mana tahu. You jeles I rapat dengan dia.” E-ling sengaja mengejekku.
“I bukan lesbo lah!”
“I tahu lah! I sengaja nak sakat you.” E-ling melirik tersenyum manja. Puan Rahimah masuk ke dalam makmal. Wajahnya jelas nampak sedih. Aku rasa dia masih ada masalah dengan suaminya. Aku pernah dengar cerita suaminya suka memukulnya. Pernah sekali dia datang ke sekolah dengan cermin mata hitam. Aku dapat lihat bahawa matanya lebam kebiruan. Bekas kena tumbuk. Bila aku tanya kenapa, dia kata dia terlanggar stering semasa memandu. Aku tidak percaya.

Puan Rahimah meminta kami membuka buku latihan maknal. Kami di suruh melakukan ujikaji nombor 5.

“I ajak dia keluar.” Tiba-tiba E-ling berbisik kepadaku apabila dia sedang mengukur seutas tali yang akan digunakan untuk mengikat pendulum.
“Siapa?”
“Mr K lah!”
“Eh, you gila ke?” Tanyaku sedikit marah. Puan Rahimah memandang ke arah meja kami. Aku hanya mampu tersenyum.
“Gila apa pulak?”
“You tak kenal dia!”
“Sebab itulah I nak you ikut sekali—“
“Apa?”
“Ikut sekali bila I jumpa dia nanti.”
“You ni memang gila, lah!”
“Alah, boleh lah Seri!” E-ling merengek.
Aku mengeluh. Nak marah pun ada. Aku sebenarnya malas untuk melayan kerenah E-ling ini. Tetapi aku adalah kawannya yang paling rapat. Kalau bukan aku yang sentiasa bersamanya, siapa lagi?

Kalau aku tak menemaninya, bagaimana pula nanti jika Mr K itu sebenarnya seorang yang tidak boleh dipercayai? Bagaimana nanti jika dia cuba apa-apakan si E-ling? Ada banyak kes gadis-gadis diperdayai oleh lelaki yang mereka temui tatkala berchatting. Aku tak mahu E-ling jadi mangsa mereka nanti!

“Okay, I akan temankan you.” Aku akhirnya berkata.
“You are my bestest friend ever!” E-ling tersenyum gembira.
“Yeah, whatever.” Kata ku cepat-cepat, seperti yang dinyanyikan oleh Liam Lynch dalam lagunya, ‘United States of Whatever’. Lagunya ini sedang tengiang-ngiang dalam kepalaku. Susah untuk aku menghilangkannya.

Aku memandang ke hadapan. Aku lihat Puan Rahimah sedang termenung memandang ke luar tingkap makmal. Berkali-kali aku dapat melihatnya mengeluh.

Pada waktu itu aku berdoa agar aku diketemukan oleh seorang lelaki yang bukan seperti suami Puan Rahimah. Aku tidak mahu menyintai seorang lelaki yang akan menyiksa jiwa dan ragaku nanti.


Home