Oleh
Seri
Blog Seri: Pindah
Mama meminta aku memindahkan barang-barang yang ada di dalam bilikku secepat mungkin. Nasib baik-Eling ada membantu. Kalau boleh, mama mahu aku membuang mana-mana barang yang aku tidak pakai.
Katanya, setiap sudut dalam bilik ku nanti akan berubah. Perabot baru akan dibawa masuk untuk menggantikan yang lama.
Mama telah menyediakan beberapa buah kotak untukl kami gunakan. Jadi aku memasukkan segala harta karunku ke dalam kotak.
“Ini gambar papa you masa dia muda?” Tanya E-ling apabila dia terpandang beberapa gambar lama di dalam salah sebuah laciku. Aku sendiri sudah lama tidak memandang gambar tersebut yang kusangka telah lama hilang. Rupa-rupanya ia tersorok dalam laci tersebut.
“Ya, tu gambar kami. Masa tu kami bercuti di Sydney.” Kataku perlahan. Aku mengambil gambar tersebut dari tangan E-ling. Dalam gambar tersebut aku dapat melihat keadaan abang yang kurus, aku yang masih lagi di tadika dan mama dengan rambutnya yang agak pendek pada waktu itu. Mama kelihatan muda seperti sekarang. Wajahnya seperti tidak berubah, malah semakin cantik.
“You selalu bercuti dengan papa you ke?”
“Tidak… Itu kali terakhir kami bersama.” Kataku dengan ikhlas.
“Kenapa pula?”
“Papa sibuk dengan keluarga-keluarganya yang lain.”
“Dia tahu pasal I tak?”
“Pasal apa?”
“Yang I ni kawan baik you?”
“Tak..”
“You tak bagitahu dia ke?”
“Tak sempat. I jarang dapat jumpa dia.”
“Kenapa?”
“Like I said… Dia ada bini tiga. Dia sibuk dengan bisnesnya lagi… Dia jarang dapat tumpukan perhatiannya dengan kami.”
“Sorry to hear that.”
“Tak apa… Nothing, really.” Kataku sambil mengikat plastik hitam yang penuh dengan sampah. “E-ling, I nak buang sampah ni kat bawah. Don’t go anywhere.”
E-ling hanya tersenyum.
Aku turun ke bawah lantas ke luar rumah. Aku membuka pintu pagar. Di luar aku nampak terdapat banyak sampah yang telah dibuang. Mungkin mama membuangnya setelah sehari suntuk dia mengemas rumah.
Di antara banyak sampah-sampah yang ada, aku ternampak beberapa buah kotak yang tersadai di sebelah kawasan tong sampah. Kotak-kotak ini semua telah diikat. Aku melihat ke kiri dan ke kanan. Tak ada orang. Jadi aku telah mengambil keputusan untuk membuka ikatan kotak tersebut.
Agak lama juga masa aku ambil untuk membuka ikatan kotak tersebut. Pastinya kotak-kotak ini telah diikat oleh mama. Kerana hanya mama sahaja akan mengikat kotak-kotak ini dengan kuat.
Aku membuka kotak ini dengan perlahan, seolah-olah aku sedang membukan sebuah peti harta karun. Apabila aku membukanya, aku dapati di dalamnya penuh dengan beberapa keping buku-buku lama, majalah lama kepunyaan papa tentang golf dan beberapa keping VCD.
Aku dapati 5 keping VCD yang dibuang mama kesemuanya adalah VCD lucah. Aku pasti kesemua VCD ini adalah kepunyaan papa.
Aku ambil VCD ini semua lalu aku letakkan ke tepi. Aku ikat balik kotak yang telah aku buka. Aku masuk ke dalam rumah dan terus masuk ke dalam bilik. Tanpa disedari –ling, aku masukkan VCD ini semua ke dalam laciku yang telah kosong.
“Kenapa muka kau pucat?” tanya E–ling kepadaku.
“Tak ada apa-apa.” Jawabku perlahan. Aku menggaru-garu kepalaku. Aku rasa bersalah, walaupun aku tahu aku tidak melakukan apa-apa kesalahan, kecuali mungkin mengambil sesuatu yang telah dibuang mama.